“Pada Mulanya Sangat Susah Untuk Saya…”Selena Gomez Tay4ng P4rut Pemind4han Buah P!nggang

Penyanyi antarabangsa, Selena Gomez akui amat susah pada mulanya menerima kesan parut yang ada di tubuhnya selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang.

Justeru Selena berkata dia sering kali melindungi parut tersebut dari terlihat umum.

Namun kini Selena bangga dengan keyakinan dirinya.

“Selepas saya menjalani pemindahan buang pinggang, saya masih ingat lagi ia sangat susah pada mulanya untuk saya menunjukkan parut ini.

“Saya juga tak mahu ia terlibat di dalam gambar, jadi saya memakai pakaian yang bokeh melindungi parut saya.

“Sekarang, saya rasa lebih yakin dengan diri saya dan apa yang telah saya lalui dan saya sangat berbangga dengannya,” katanya.

Selena berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto sedang berbikini dan menampakkan parutnya.

Gomez menjalani pembedahan buah pinggang itu pada tahun 2017.

Pada tahun 2015, Gomez membuat pengakuan dalam majalah Billboard bahawa dia telah disahkan menghidap penyakit Lupus, sejenis penyakit yang menyerang sistem ketahanan badan manusia, pada tahun 2013.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.