Jalan2 Pusing Kampung, Menteri Ag4ma Pimpin Tangan Ayah Buat Ramai Tersentuh

Berjalan sambil memimpin tangan orang tua kita pastinya satu perasaan yang sangat berharga buat anak-anak. Justeru itu, menerusi perkongsian Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri, beliau telah melakukan tugas mulia itu kepada bapa tersayang.

Bawa ayah jalan keliling kampung

Video beliau menggenggam erat tangan bapanya sambil berjalan telah menarik perhatian warganet yang tersentuh melihat situasi tersebut.

Singgah di kampung bertemu dengan keluarga

Menerusi perkongsian beliau dalam media sosial rasminya, Dr Zulkifli memaklumkan membawa bapanya berjalan keliling kamung sebelum beliau kembali ke Kuala Lumpur.

Beliau yang mempunyai urusan rasmi di Pantai Timur negara telah singgah sebentar ke kampung halaman untuk bertanya khabar dan menziarahi bapanya.

 

View this post on Instagram

 

Singgah bertanya khabar orang tua di kampung. Mohon doa dan restu bagi meneruskan amanah yang diberikan-Nya. Rasulullah SAW bersabda: الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوِ احْفَظْهُ “Orang tua (ibu bapa) adalah pintu Syurga paling tengah. Kalian boleh sia-siakan pintu itu atau kalian boleh menjaganya.” (Riwayat al-Tirmidhi) Syeikh al-Mubarakfuri dalam Tuhfatul Ahwazi ketika mensyarahkan hadith ini berkata bahawa kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan orang tua (ibubapa). Kemurkaan Allah itu berlawanan dengan redha pada kemurkaan orang tua kerana Allah SWT memerintahkan kita agar mentaati ibubapa serta memuliakan sesiapa yang mentaati mereka. Barangsiapa yang mentaati orang tua maka dia telah mentaati Allah dan barangsiapa yang memurkai mereka sesungguhnya mereka dimurkai Allah.

A post shared by Menteri di JPM (HEA) (@drzulkifli.albakri) on

Contoh yang baik untuk anak2

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat di media sosial, rata-rata warganet telah meninggalkan komen positif ke atas posting yang dibuat.

Rata-rata memeuji tindakan Dr Zulkifli dan mengakui sebak melihat situasi sebegitu kerana terkenangkan bapa tersayang yang ada di kampung dan ada juga telah pergi meninggal dunia.

Semoga ayah ustaz terus diberi kesihatan yang baik

 

Seronoknya dapat jalan pimpin tangan dengan ayah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: Dr Zulkifli Al Bakri

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.