“Kemb4ng Tekak” Kilang R0ti Di Jalan Kuchai Lama Diarah Tutup, Guna Air Dari Tandas Dan Buat Roti Atas Lantai

Urgh! Geli tekak admin! Semalam, sebuah kilang roti di Taman Gembira dekat Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur telah diarahkan tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas didapati beroperasi menggunakan air dari tandas yang kotor. 

Menurut Berita Harian, hasil pemeriksaan DBKL mendapati bahan mentah dan penyediaan makanan di premis itu juga dilakukan di atas lantai yang kotor. Aduh geli! 


“Pemeriksaan mendapati lantai basah, kotor dengan sisa makanan serta dinding tempat penyediaan makanan kotor dan berdaki hitam.

“Selain itu peralatan serta kelengkapan pemprosesan makanan dalam keadaan kotor dan usang, menggunakan sumber air dari tandas yang kotor dan terdapat kesan hurungan najis tikus dalam stor peralatan dan bahan mentah,” kata sumber DBKL.

Selain itu, DBKL juga mendapati 10 pengendali makanan termasuk 6 warga asing yang bekerja di situ mempunyai suntikan tifoid.

Sehubungan dengan itu, DBKL telah mengeluarkan Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 yang berkuatkuasa mulai hari ini.

Pemeriksaan dan pemantauan seperti ini juga akan diteruskan oleh DBKL dari semasa ke semasa. Operasi semalam dilakukan oleh 6 anggota penguatkuasa DBKL.

Phew kotor gila! Sekarang ni bukan kedai makan je kita kena ushar tengok bersih ke tidak. Kilang yang hasilkan makanan pun kita kena perhatikan sama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.