Balu Abam Realisasikan Impian Arw4h Buka Sebuah Kedai

Isteri kepada Allahyarham Abam, Siti Norhidayah Mohd Ali menjelaskan tujuan memiliki kedai sendiri adalah untuk mencari premis yang selesa dan praktikal untuk berniaga berbanding gerai sebelum ini.

Menurut Hidayah, 28, tapak dia berniaga cempedak goreng sekarang ini tidak sistematik malah kurang sesuai untuk membawa anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang masih kecil.

“Saya ambil masa juga iaitu selepas 5 bulan berniaga di gerai dan barulah berjaya buka kedai ini. Mula-mula saya fikir, sampai bila nak berniaga di tepi jalan dengan keadaan cuaca sekarang yang tak menentu.

“Kalau hujan lebat, saya tak dapat meniaga sebab tapak itu dinaiki air dan khemah akan rosak. Saya juga kesian pada Hamzah yang terpaksa berpanas dan berhujan.

“Dari situ saya fikir, saya sudah boleh cari kedai. Saya cuba mohon kedai di bawah Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) pada bulan Julai lalu. Alhamdulillah, pada bulan Ogos permohonan kedai saya diluluskan. Syukur sangat,” katanya.

Tambah Hidayah, dia dan arwah pernah menyimpan hasrat untuk membuka kedai sendiri namun tidak kesampaian.

“Kedai ini memang salah satu plan saya bersama arwah untuk menjalankan perniagaan di samping dapat mengisi masa lapang. Dan sekarang, tiba masanya untuk saya merealisasikannya.

“Saya ingin berterima kasih pada semua yang sentiasa menyokong saya sehingga ke hari ini.

“Terima kasih tak terhingga juga pada ahli keluarga yang banyak membantu dan bersusah payah bersama tanpa henti. Saya sangat gembira sebab saya mampu menunaikan impian arwah suami,” katanya lagi.

Sebelum ini, Hidayah berkongsi berita gembira dengan memuat naik foto memegang kunci kedai di Instagram (IG) miliknya.

Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun tiga bulan.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat demam panas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.