Suami War4k Buntu Isteri Deg!l Sampai Tak Mahu S0lat, Tak Makan ‘Sam4n’ Walau Dir0tan… Siap Pakej Pemalas Tapi Maintenance Tinggi!

ADA pepatah mengatakan sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula pasangan suami isteri.

Perbezaan pendapat dan berlainan minat memang perkara normal dalam kehidupan berumah tangga.

Perkara-perkara berbangkit perlu ditangani dengan baik agar ia tidak berlarutan sehingga menjejaskan hubungan.

Dalam situasi seperti ini, suami adalah orang yang sewajarnya memainkan peranan penting bagi mencari titik penyelesaian dengan berbincang bersama isteri.

Namun malang bagi seorang suami ini apabila hubungannya bersama isteri renggang dek kerana sikap wanita berkenaan yang degil dan ‘tak makan saman’ terhadap teguran serta nasihat yang diberikannya.

Sikap wanita tersebut sekaligus menjadikann si suami dalam keadaan buntu.

Coretan seorang suami yang buntu dengan sikap isterinya yang enggan mengendahkan nasihat mahupun teguran.

“Solat malas… kita dah tegur, dah rotan pun tetap bedegil tak sembahyang. Pakai seluar jeans dah macam apa nak cakap pun tak tau.

“Nak tegur dah berbuih tegur. Mak bapak dia pun tak mampu dah nak tegur macam mana. Saya dah bawa di pergi umrah, bila balik jadi mcm tu semula.

“Bangun tidur pukul 1,2 atau tiga petang ikut suka. Masak kadang-kadang, selebihnya makan luar je. Semalam guruh berdentum, ribut dia suruh mencari makan kat luar.

“Padahal lauk banyak dalam peti ais. Kadang lauk sampai terbuang sebab tak masak. Rumah pula berselerak,” demikian coretan suami berkenaan di laman Facebook Kisah Rumah Tangga.

Menurut suami ini, isterinya bukan sahaja pemalas malah lebih gemar melayari laman sosial dan lama e-dagang.

Tidak hanya bersikap degil dan pemalas, suami ini juga mendedahkan isterinya mempunyai cita rasa yang tinggi dan sangat menjaga penampilan ketika di luar rumah, iaitu sikap yang nyata berbeza daripada ‘warna’ sebenar dirinya.

“Nafkah duit rumah, makan minum, mekap semua tak pernah tertingal. Minta je mesti dapat. tapi dia mekap untuk bila keluar berjalan je. Dekat rumah muka dah macam… malas la nak cakap.

“Saya solat tak pernah tinggal, dia duduk scroll Facebook, tengok Shopee dan Instagram saja kerjanya. Habis top-up suruh kita beli. Kita minum kopi O, dia kalau boleh nak Starbucks.

Antara komen netizen terhadap perkongsian lelaki berkenaan.

“Kita makan roti canai, kalau boleh dia nak makan macam kat hotel. Apa perlu saya buat,” luah suami malang ini sambil meminta pandangan ahli kumpulan yang lain.

Perkongsian tersebut meraih ribuan komen netizen yang turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang dialami lelaki ini.

Bagaimanapun, sebilangan netizen menasihatkan lelaki ini agar tidak berputus asa untuk menegur isterinya demi kebaikan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.