“Saya Dikej4r Keliling Meja” Zarina Zainuddin Ded4h Anaknya Dah Pandai Ser4ng

Pelakon Zarina Zainuddin, memberitahu bahawa anak lelakinya, Muhammad Razail Azrai atau lebih mesra disapa Azil yang merupakan seorang autistik semakin sukar dikawal.

Ini kerana, menurut Zarina, selain sering tantrum setiap hari, anaknya yang merupakan pasangan kembar kepada Muhammad Razal Azrai atau Azal itu sudah mula melakukan tindakan luar kawalan termasuk menyerangnya.

“Saya sebenarnya dah malas nak tunjuk video Azil tantrum. Perkara ini berlaku setiap pagi Azil akan bangun dan terus mengamuk.

 

View this post on Instagram

 

Saya sebenarnya dah malas nak tunjuk video azil tentrum Perkara ini berlaku setiap pagi azil akan bangun dan terus mengamuk sekarang dah pandai serang kadang saya dikejar keliling meja sebab saya taknak dia bawak makanan kat atas bilik ..bila saya takde abis makanan dalamnpeti ais dia ambik bawak ke bilik dia makan minum semahunya lepas tu muntah atas katil dalam sinki bilik air ..hari2 ..hari hari begitu saya terpaksa juga bagitahu mana yang boleh mana yang tidak sebab azil dia perlu di ajar mana yang sewajarnya .. semalam azil serang abahnya di dapur dia tolak abahnya depan mata saya lihat abahnya bersabar sekarang saya minta pakcik kasim saya tengokkan azil bila saya takde sekurang kurang nya ada orang yang saya boleh percaya mengawasi azil di rumah 😢🙏🏻🙏🏻🙏🏻 Jadi ibu kena kuat otak kena sihat jangan ikutkan perasaan menagani anak istimewa anak Syurga yang tak tahu apa apa yang tidak ada dosa yang berdosa kita sebenarnya kerana kurang sabar ❤️🥰 #autism #autismawerness #azil #azilazal

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on


“Sekarang dah pandai serang. Kadangkala saya dikejar keliling meja sebab saya taknak dia bawak makanan ke bilik atas.

“Semalam Azil serang abahnya di dapur. Dia tolak abahnya depan mata saya, lihat abahnya bersabar,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut, Zarina turut berkongsi sebuah video yang memaparkan anaknya berada dalam keadaan tantrum sehingga mencederakan diri.

Begitupun, menurut Zarina dia tetap sabar melayan kerenah anaknya itu walaupun perlu berdepan situasi tersebut saban hari.

“Jadi ibu kena kuat otak kena sihat jangan ikutkan perasaan menangani anak istimewa, anak syurga yang tak tahu apa apa yang tidak ada dosa yang berdosa kita sebenarnya kerana kurang sabar,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata memberikan sokongan dan memuji Zarina yang sentiasa tabah membesarkan dua orang anaknya yang autistik.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada Julai 1993.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan empat anak lelaki termasuk sepasang kembar, iaitu Azal dan Azil.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.