“Masa Tu Pan4s Sangat..” ‘Payung’ Guna Fail, Wanita Ikhlas Bantu Nenek

Tindakan seorang wanita yang melindungi warga emas daripada terkena matahari dengan menggunakan fail ketika beratur di luar sebuah bank semalam meraih pujian pelbagai kaum di media sosial.

Gambar tersebut dimuat naik oleh Privitha Maimaran iaitu cucu kepada warga emas itu sebelum tular di laman Facebook.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Rina berkata, dia gembira dapat melindungi warga emas tersebut kerana cuaca panas melampau ketika itu apatah lagi perlu menunggu lama di luar bank.

“Jangan risau.. Saya gembira dapat menolong beliau. Waktu itu cuaca sangat panas. Kirim salam saya pada nenek kamu,” katanya.

Rata-rata memuji sikap murni dan prihatin wanita itu yang tampil berbuat baik tanpa mengira agama serta bangsa selain mendoakan Rina sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.

Bangga dengan kamu!

Tahniah sis! Contoh terbaik

Semoga Allah memberkati kebaikan kamu

Kita semua berbaik2 tanpa kira warna kulit

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Privitha Maimaran

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.