D4kwa Ayam McD Berul4t, Gadis Minta Maaf Meng4ku Sengaja Seb4r F1tnah

Baru-baru ini tular di media sosial terutamanya di Twitter apabila seorang gadis menggunakan nama akaun arabella mendakwa menerima menu ayam goreng  yang sudah berulat di restoran makanan segera McDonald.

Pengakuan sebenar

Pengguna tersebut turut menyertakan sekali gambar ayam goreng itu sehingga mendatangkan rasa mual dalam kalangan  warganet semua.

Namun begitu, sebentar tadi, pengguna akaun Twitter yang sama telah membuat satu kenyataan terbuka apabila memaklumkan bahawa dakwaan yang dibuat olehnya tidak tepat.

Sebenarnya beli dah beberapa hari

Arabella menyatakan bahawa tindakannya meluahkan perkara tersebut di laman sosial sehingga tular adalah satu tindakan yang terburu-buru kerana ayam goreng itu sebenarnya sudah beberapa hari dibeli dan dibiarkan dalam suhu persekitaran.

Jadi, ayam goreng tersebut telah tercemar sehingga terdapat ulat diatas permukaannya. Dia yang kesal dengan apa yang berlaku telah memohon maaf kepada pihak McDonald’s Malaysia diatas segala dakwaan yang dibuat.

Menyesal dengan apa yang dilakukan

Disebabkan itu, dia berjanji untuk menghapuskan Tweet tersebut dan menyesali apa yang telah berlaku.

Di akhir perkongsian itu, dia menyatakan bahawa muat naik permohonan maaf yang dilakukan tidak ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak dan datang daripada dirinya sendiri.

Takutnya  orang menipu penuh confident

Sehubungan dengan kenyataan yang dilakukan di akaun Twitter gadis tersebut, media sosialnya telah dihujani dengan pelbagai komen daripada warganet.

Ada yang mengecam tindakan arabella itu kerana dilihat sebagai satu bentuk fitnah sehingga mengundang rasa panik warganet dan ada juga yang memandang perkara ini sebagai satu bentuk pengajaran kerana boleh membuatkan pihak yang difitnah menyaman kembali pengguna Twitter.

Nak minta ganti free latu

Tak marah tapi kecewa

Bahaya dia ni boleh jatuh business orang

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: arabella

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.