Sabah Catat Kluster Ketujuh C0vid-19, Kluster Bangau-Bangau

Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti satu lagi kluster di Sabah iaitu Kluster Bangau-Bangau di Semporna yang merupakan kluster ketujuh di negeri itu setakat ini, kata  Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sabah catat kluster ke-7

Beliau berkata setakat hari ini, terdapat lima kes positif dikesan dalam kluster tersebut, iaitu kes ke-10,340 hingga ke-10,344 yang melibatkan empat rakyat tempatan dan satu warga asing.

“Kluster ini dikenal pasti hasil saringan kemasukan pesakit ke Hospital Semporna. Kesemua mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Semporna untuk rawatan…”