Rezeki Makin Luas Selepas Wawa Zainal Ubah S!kap “Sebelum Ini Saya Suka Berg4duh, Sak!tkan Hati Aeril Zafrel”

PELAKON Wawa Zainal mengakui rezekinya sekeluarga lebih terbuka luas selepas dia mengubah sikap dan menjaga hubungan dengan suami iaitu Aeril Zafrel.

Dalam hal ini, Wawa atau nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin, 29, berkata, dia percaya mengutamakan pasangan dan keluarga merupakan kunci kebahagiaan.

“Saya selalu kongsi dalam seminar bahawa rezeki saya berubah 360 darjah selepas saya mengubah sikap saya… sebelum ini saya suka bergaduh, sakitkan hati Aeril dan suka cari fasal.

“Kadang-kadang benda kecil pun nak diperbesarkan! Selepas saya ubah sikap, rezeki kami pun semakin baik.

“Apabila saya nilai semula, sekarang saya percaya kalau kita jaga hubungan dengan suami dan utamakan keluarga, InsyaAllah rezeki murah!” katanya kepada mStar.

Wawa utamakan keluarga.

Pasangan selebriti ini sering menerima pujian masyarakat apabila masing-masing dilihat menjalani kehidupan rumah tangga dengan harmoni dan bahagia.

Malah mereka juga dijadikan contoh oleh segelintir pasangan yang baru memasuki alam perkahwinan.

Rasanya semua orang tahu diawal perkahwinan kami diuji dengan macam-macam ujian.

AERIL ZAFREL

PELAKON

Sementara itu, Aeril pula mengakui hubungan mereka juga pernah diuji, namun dia sentiasa bersabar dan berpegang kepada prinsip sesebuah ikatan perkahwinan.

“Ramai tanya rahsia kekalkan keharmonian rumah tangga… tipulah kalau kita kahwin tak ada masalah!

Wawa dan Aeril bersama anak mereka.

“Rasanya semua orang tahu diawal perkahwinan kami diuji dengan macam-macam ujian tapi paling penting kami menyokong satu sama lain dan saling memaafkan.

“Masa mula-mula kahwin tu memang ada gaduh tapi apabila dah jadi suami isteri baru kita tahu 100 peratus tentang perangai pasangan dan dalam tempoh itulah ujian sebenarnya, ” ujarnya.

Wawa dan suami yang juga pelakon Aeril Zafrel berkahwin pada 2013.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5 dan Aya Soffya kini berusia 7 bulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.