Nana Sheme Tak Sed!h Ters!ngkir, Dapat Banyak Ilmu Di ‘Big Stage 2020’ “Dulu Menyanyi Statik Sekarang Dah Lain”

MESKIPUN perjalanannya dalam program Big Stage 2020 terhenti di peringkat suku akhir, penyanyi Nana Sheme tidak bersedih dengan keputusan yang diterima itu.

Menurut Nana, 25, peluang yang diberikan sepanjang berada dalam program nyanyian ini sudah cukup bermakna buat dirinya sepanjang lima tahun bergelar penyanyi.

“Tipulah kalau kita kata tak nak sampai ke final… semua orang mahu melangkah ke peringkat akhir tapi mungkin rezeki tidak berpihak kepada saya.

“Tapi bila tersingkir ni pun saya happy… sampaikan tak ada ruang nak bersedih kerana terlalu banyak benda saya belajar di sini.

“Kalau dulu saya menyanyi hanya berdiri statik tapi sekarang dah lain… saya dapat banyak ilmu dan semua ini membuatkan saya berasa lebih seronok dari nak bersedih,” katanya kepada mStar.

Nana tak salahkan lagu penyebab dia tersingkir.

Nana Sheme ditemui selepas berakhirnya konsert suku akhir Big Stage 2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad malam.

Dalam saingan minggu ini, Nana Sheme dan seorang lagi peserta iaitu Hafiz Zainal tersingkir kerana menerima markah terendah.

Minggu pertama saya nampak banyak kekurangan sampai keluar suara angsa.

NANA SHEME

PESERTA BIG STAGE 2020

Nana Sheme menyampaikan lagu Ngam nyanyian asal Sophia Liana dan pusingan battle mempersembahkan lagu Sejati bersama Dinie Rashid hanya menerima sebanyak 66.20 markah.

Sementara itu, Nana berkata pemilihan lagu kurang tepat bukanlah faktor menyebabkan dia menerima markah rendah.

Enam peserta yang mara ke peringkat separuh akhir.

“Saya tak melihat tersalah pilih lagu menjadi punca persembahan saya kurang menyerlah kerana kalau ikutkan markah kali ini lebih tinggi dari sebelumnya.

“Setiap minggu ada improvement pada markah saya, cuma mungkin saya ada kekurangan semasa pusingan battle.

“Berjaya sehingga peringkat suku akhir ini dah lebih dari segala-galanya sebab dari minggu pertama saya nampak banyak kekurangan sampai keluar suara angsa… saya rasa mereka yang masih ada ini sememangnya layak untuk teruskan cabaran!” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.