Muka Masih Berb4lut, Anak Fedtri Yahya Datang H0spital Suap Makanan

Memasuki hari kelima, personaliti televisyen Ahmad Fedtri Yahya masih dirawat di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor akibat terjatuh dari basikal.

Terbaru, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu memuat naik sebuah posting di laman Instagram bersama anak sulung Indah Sutera Jannah yang datang melawatnya di hospital tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Kakak datang suapkan bubur untuk daddy… 🤲

A post shared by Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) on


Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsi, kelihatan kanak-kanak berusia lapan tahun itu menyuapkan bubur dengan penuh kasih sayang ke dalam mulut bapanya.

“Kakak datang suapkan bubur untuk daddy,” tulis personaliti berusia 39 tahun itu yang mengalami kecederaan di bibir, kening, dagu dan rahang.

Rata-rata pengikutnya terus menitipkan kata-kata semangat untuk Fedtri selain mendoakan agar dia kembali pulih seperti biasa.


Terdahulu, kejadian tersebut berlaku di kawasan tempat letak kereta Sri Pentas, Bandar Utama selepas Fedtri membuat liputan program Kayuhan Hari Malaysia untuk MHI.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Fedtri Yahya

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.