Malaysia Catat 57 Kes Baharu Pada Isnin, 51 Daripadanya Kes Tempatan

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 57 kes baharu, menjadikan keseluruhan 10,276 kes setakat Isnin.

Daripada 57 kes baharu yang telah dilaporkan, 51 merupakan kes tempatan melibatkan 45 warganegara dan enam bukan warganegara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 130 kematian.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 130 kes,” ujarnya pada Isnin petang.

Sehingga hari ini, 40 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 9,395 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, sembilan kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Pada hari ini juga, Sabah merekodkan kes tertinggi, 49 kes antaranya Kluster Pulau (14) dan Kluster Selamat (12).

Malah, Sabah turut merekodkan satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Kuarters di Tongod.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.