David Teo Dah Dapat Pangkat ‘Datuk’, K0ngsi Gambar Cucu Pertama, C0melnya!

Penerbit terkenal, David Teo berkongsi berita gembira apabila dia kini sah memegang status sebagai seorang datuk selepas selamat menimang cucu pertamanya semalam.

Berita gembira itu dikongsikan David menerusi satu entri di Instagram yang memaklumkan bahawa anaknya, Ruby Teo selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

“Selamat datang #CUCUKU. Nanti ikut atok #bertiktok. @janelim169 @ruby_bebe @migonline Mawar merah warna hati, syukur dapat cucu perempuan secantik ini,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dalam entri tersebut, David yang merupakan produser Metrowealth itu turut berkongsi gambar cucunya buat pertama kali kepada umum.


Sementara itu, isterinya, Jane Lim turut meluahkan rasa gembira dengan kehadiran cucunya itu.

“20.09.20. Selamat datang ke dunia, Hailey Lai, buah hati saya,” tulisnya dalam satu entri berasingan.

Di ruangan komen, David dan Jane dihujani ucapan tahniah atas kehadiran ahli baru dalam keluarganya itu.

“Yeah, tahniah atuk David Teo,” tulis pelakon Yana Samsudin.

“Tahniah datuk!” komen pelakon Iswan Ismail.

“Comel dia tengok atok ajak bertiktok pula ni,” komen aktres Zarina Zainuddin.

Sebelum ini, anak perempuannya, Ruby mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya pada Julai tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

Menunggu waktu emas #mammybaby ,Atok tak sabar ini 🤓💫💥👩‍🦲👶Boy or gril ? @janelim169 @ruby_bebe

A post shared by David Teo (@davidteo99) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.