Bantu Siapkan Pengantin Lelaki, Wanita Izinkan Suami Kahwin Lagi

Tular kisah di media sosial mengenai seorang isteri yang mengizinkan suaminya berkahwin dengan seorang lagi wanita, semalam.

Menerusi laman Facebook, Syiela Rashid memuat naik beberapa posting sekitar majlis pernikahan suaminya Khubaib Ramli dengan wanita pilihan hati.

Menurut jurusolek berasal dari Alor Setar itu, dia berdoa agar urusan pernikahan suaminya berjalan lancar dan diberi kekuatan bagi menghadapi perkara tersebut.

Moga Allah gandakan kekuatan hatiku

Lebih menarik perhatian apabila dia turut membantu persiapan majlis pernikahan dan persandingan selain tampil sedondon bersama pasangan pengantin.

Detik suami akad nikah

“Akak dapat adik perempuan”

Ke majlis sanding suamiku

Makan beradab

“Thanks kanda for being such a wonderful imam for me. Thans for your kindness. Dinda doakan semoga kanda sentiasa sihat dan dirahmati Allah,” katanya.

Jadi mak andam untuk suami sendiri

Semua posting tersebut dihujani pelbagai komen yang rata-rata menyifatkan Syiela adalah seorang wanita yang hebat dan kuat serta mendoakan agar dirinya turut mengecapi kebahagiaan.

Majlis tunang 6 bulan lalu

“Kini tiba masanya Allah telah menghantar seorang lagi insan untuk kanda bimbing. Insan ini juga sepertiku dulu…
“…mengharapkan bertemu seseorang yang sudi membimbingnya ke jalan yang diredhaiNya,” ujar Syiela ketika majlis pertunangan suaminya pada 15 Mac lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Syiela Rashid

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.