“Wajib Dimandikan, Dikaf4nkan Dengan…”Yatt Hamzah K0ngsi Cara Pengurusan J4nin Yang Gvgur

Selepas mengalami keguguran baru-baru ini, pelakon Yatt Hamzah berkongsi mengenai cara pengurusan janin yang gugur.

Menurut Yatt, pengurusan janin berbeza-beza mengikut bentuk dan sifat janin tersebut.

“Pertama sekali, namakan dengan nama lelaki atau nama unisex.

“Kemudian pengurusan janin yang gugur berbeza-beza mengikut sifat berikut:

“Jika janin yang gugur itu diketahui hayatnya, seperti keluar suaranya, menangis, dan kemudian mati, maka hukumnya sama seperti orang dewasa. Wajib dimandikan, dikafankan dengan 3 helai pakaian, disolatkan dan dikebumikan.

“Jika janin yang gugur itu bergerak-gerak atau menggigil, serta menunjukkan tanda hidup, tetapi tak mengeluarkan suara, maka diambil kira kemungkinan wujudnya kehidupan. Justeru, janin itu apabila mati maka ia dimandikan, disolat dan dikebumikan dengan berhati-hati.

“Jika janin yang gugur itu tidak zahir padanya tanda-tanda hayat, samada tak cukup 4 bulan dan tidak zahir padanya rupa bentuk insan, atau cukup 4 bulan dan zahir padanya rupa bentuk insan tetapi tidak bergerak dan tidak mengeluarkan suara, maka tidak boleh disolatkan. Tetapi wajib dimandikan, dikafankan dan dikebumikan,” jelasnya.

Yatt berkongsi informasi tersebut ke akaun Instagram miliknya.

Difahamkan, informasi itu diambil dari laman web Pejabat Mufti Wilayah.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata akui ia merupakan pengisian yang berguna terutama buat pasangan suami isteri.

Yatt mengalami keguguran anak kelimanya yang berusia 2 bulan dalam kandungan pada 15 September lalu.

Sekadar info, Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.

Dalam perkahwinan kedua Yatt itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata Suci Humaira Iqlima, Suci Hayfa Medina dan Suci Hawa Zulaikha.

Sementara dalam perkahwinan pertamanya yang terdahulu, Yatt mempunyai seorang lagi anak iaitu Suci Hanania Malika.

 

View this post on Instagram

 

Namakan dg NAMA LELAKI/NAMA UNISEKS PENGURUSAN JANIN YG GUGUR. . Imam al-Khatib al-Syarbini menyebut dalam kitab al-Iqna` (Hlm. 290) pada membicara kes mayat yang tidak dimandikan dan juga tidak disolatkan: “[Janin yang gugur dalam keadaan tidak mengeluarkan suara] yakni tidak diketahui tanda hidupnya dan tidak jelas rupa bentuknya (seperti manusia). Tidak boleh untuk disolatkan ke atasnya dan tidak wajib memandikannya. Sunat pula menutupinya dengan kain dan mengebumikannya. Adapun jika diketahui hidupnya dengan suara atau selainnya atau jelas tanda-tanda kehidupannya seperti menggigil atau bergerak-gerak maka hukumnya seperti kanak-kanak yang besar maka wajiblah dimandikan dan dikafankan dan disolatkan ke atasnya, dan dikebumikan, kerana tanda hidup dan matinya telah wujud secara pasti. Jika tidak diketahui hidupnya tetapi terzahir rupa bentuk (sebagai manusia) wajib untuk mempersiapkannya (yakni dimandikan, dikafankan dan dikebumikan) tanpa solat. Solat berbeza daripada selainnya kerana selainnya itu lebih luas medannya daripada solat. Ini juga berdasarkan dalil bahawa kafir dzimmi boleh dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tetapi tidak disolatkan ke atasnya.” . •Jika janin yang gugur itu diketahui hayatnya, seperti keluar suaranya, menangis, dan kemudian mati, maka hukumnya sama spt org dewasa. Wajib dimandikan, dikafankan dgn 3 helai pakaian, disolatkan dan dikebumikan. •Jika janin yg gugur itu bergerak2, atau menggigil, yg menunjukkan tanda hidup, tetapi tak mengeluarkan suara, maka diambil kira kemungkinan wujudnya kehidupan. Justeru, janin itu apabila mati maka ia dimandikan, disolat dan dikebumikan dg berhati-hati. •Jika janin yg gugur itu tidak zahir padanya tanda2 hayat, samada tak cukup 4 bulan dan tidak zahir padanya rupa bentuk insan, atau cukup 4 bulan dan zahir padanya rupa bentuk insan tetapi tidak bergerak dan tidak mengeluarkan suara, maka tidak boleh disolatkan. Tetapi wajib dimandikan, dikafankan dan dikebumikan. . . Sumber : Website Pejabat Mufti Wilayah . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYattshare #sharingiscaring #THESUCIS #AllahyarhamMuhammadAbdullah #ALFATIHAH #miscarriage #miscarriagesupport

A post shared by BONDA of 5, 4 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.