“Azad Nak Anak Lelaki,” Dapat Kejvtan Istimewa Sempena Anniversary, Eira Syazira Cerita Tak B0leh Ham!l Sebab…

Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang ke-9, pelakon dan penyanyi Eira Syazira telah menerima satu kejutan istimewa daripada suaminya, Azad Jasmin.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini tidak menyangka untuk menerima kejutan dari suaminya yang diadakan di Dealova Place, Sunway Nexis, Kota Damansara, pad Sabtu.

“Ini merupakan ulang tahun perkahwinan saya dengan Azad yang ke-9. Saya sebenarnya tak jangka akan ada kejutan yang sangat meriah seperti ini.

“Saya rasa terharu dan sangat gembira sebab ini pertama kali Azad buat kejutan yang paling meriah macam ni,” katanya.

Dalam pada itu, aktres berusia 36 tahun ini memaklumkan masih belum merancang untuk menambah cahaya mata, dia bagaimanapun percaya kepada rezeki.

“Eira sebenarnya ada tiga anak ni dah cukup sebenarnya, tapi kalau boleh, Azad mahukan ahli keluarga baru iaitu anak lelaki.

“InsyaAllah kalau ada rezeki Allah nak bagi kami zuriat lagi, saya tidak menolak.

“Cuma nak ikutkan atas nasihat doktor, saya masih belum boleh lagi untuk melahirkan anak memandangkan tiga anak kami sebelum ni dilahirkan secara pembedahan.

“Jadi mungkin agak berisiko sebenarnya dan saya kena tunggu dalam tempoh lima tahun lagi baru boleh untuk hamil lagi,” kongsi Eira.

Sekadar informasi, pasangan pelakon ini mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya bernama Amarra Sofea Rose, 7 tahun, Ameisya Leanne Rose, 4 tahun dan Areisya Suri Rose 2 tahun.

Pasangan ini turut bersanding semula di atas pelamin.

Majlis turut disokong Rass Deco, Emas Rozita dan Bobba Fitz.

Pihak Emas Rozita turut menghadiahkan set barang kemas bernilai RM15,000 kepada Eira malam tadi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: media hiburan

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.