Gemp4r Staf Rempvh Bank Gara-gara Tertek4n Ped4l M!nyak

GEMPAR apabila sebuah kereta yang dipandu oleh seorang kakitangan di sebuah bank merempuh tempat kerjanya pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, wanita berusia 53 tahun itu datang ke sebuah bank di Jalan Tun Ismail di Kuantan untuk menghadiri mesyuarat ketika kejadian berlaku.

Wanita berkenaan dikatakan secara tidak sengaja menekan pedal minyak, menyebabkan kereta yang dipandunya merempuh dinding kaca bank tersebut.

“Pengurus bank dan pemandu telah membuat laporan di balai polis,” kata Mohamad Noor, sambil menambah tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam siasatan.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.