Ters4ngkut Dalam Lif Hampir Setengah Jam, Ben Ladin Pan!k “Tak Kelakar Ya Guys, S0rang-S0rang”

Penyanyi Ben Ladin berkongsi pengalamannya berdepan detik cemas apabila lif yang dinaiki mengalami gangguan kerosakan teknikal.

Situasi itu secara tidak langsung menyebabkan dirinya tersekat ketika lif sudah berada di kedudukan aras 21 di sebuah bangunan kediaman.

Lebih panik, katanya, ketika kejadian, tiada pengguna lain yang berada sama dalam lif tersebut.

“Ceritanya, hari ini, pergi ambil makanan (dibawah), lepas itu naik-naik, lif jammed (sangkut). Tak kelakar ya guys! Sorang-sorang ya di tingkat 21.

“Wey sudahlah lapar, gawatnya. Macam mana ni, tolonglah aku, 20 minit sudah ni. Lamanya saya tunggu, dimana juruteknik?,” katanya yang berkongsi satu rakaman video ketika dirinya berdepan situasi panik itu menerusi satu entri di Instagram.

Dalam video tersebut, Ben kelihatan hanya terduduk di lantai lif sementara menunggu juruteknik datang memberikan bantuan.


Katanya, ia merupakan pengalaman pertama kali berdepan situasi sedemikian.

“Pertama kali sangkut dalam lif. Mula mula panik juga, tapi dah lama-lama macam tak ada apa, haha,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata bersimpati dengan apa yang dialami Ben tersebut.

Pada masa sama, ramai juga yang terhibur dengan cara Ben mengawal rasa cemas ketika berada dalam lif untuk tempoh yang lama dengan menyanyi dan membuat bising.

“Dulu pernah kena macam ni, seorang diri, tak bawa telefon. Sumpah trauma.

“Nasib baik tak tutup lampu lif, lagi pishang dibuatnya

“Biasanye kalau dalam lif, makin lama makin kurang oksigen, bila tak ada oksigen, perangai pun makin pelik-pelik jadinya,” komen sebahagian pengikutnya.

Dalam video tersebut, Ben kemudian turut berkongsi gambar dirinya bersama dua juruteknik yang datang memberikan bantuan kepadanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.