“Tak Ada Bantuan 0ksigen Pada Arw4h Cuma T!ub” S4ksi Tampil Pert4hankan Ibu Sandra

Seorang pesakit di Hospital Putrajaya, Amni Fatnin mendakwa dia adalah saksi yang berhampiran dengan katil bintang Big Stage 2020 Sandra Dianne sepanjang arwah mendapat rawatan di situ.

Menurut Amni, arwah ditempatkan berhadapan dengan katilnya selepas dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari Khamis.

“Rasa terpanggil untuk cerita apa sebenarnya yang berlaku di depan mata. Hari Khamis (10.9.2020), seorang pesakit dari wad ICU masuk bilik yang sama dengan saya, katilnya di sebelah depan saya.

“Wajahnya tenang, bersih, cantik. Komanya macam tidur. Sesekali jururawat datang, doktor datang panggil namanya, ‘Alesandra, Alesandra’.

“Ada seorang perempuan yang setia menjaga di sisi, pakai mask, susuk badan macam orang muda, jadi pada perkiraan saya itu kakaknya, hakikatnya itu ialah ibu yang sangat sayangkan anak perempuannya.

“Doa dan doa, bacaan Yassin terus dibacakan. Ada juga sesekali si ibu pasangkan voice note kata semangat, (mungkin dari saudara atau sahabat dekat) di telinga pesakit.

“Tiada respon dari pesakit kecuali air mata. Nampak ibunya lap air mata si anak.

“Bila si ibu turun, naik pula seorang lelaki, bacakan yasin, azankan di telinga pesakit, baca syahadah di telinga pesakit. Pesakit tetap tenang, macam tidur. Kemudian saya tidur tak sedarkan diri (kesan bius pembedahan di badan masih ada)” tulisnya di laman Facebook.

Jelas Amni, keadaan yang tenang berubah menjadi riuh apabila arwah berada dalam keadaan tenat pada jam 11.00 malam.

“Jam 11 malam, jururawat kejut untuk makan ubat. Dari sudut langsir yang sedikit terselak, nampak pesakit yang tenang tadi, mula tenat. Doktor, jururawat berkumpul, dengan sangat bersungguh cuba selamatkan pesakit.

“Dengar tumit kasut si ibu berlari masuk bilik sambil menangis, mintak ditemani, mintak kekuatan. Lepas saya makan ubat, muntah, cucuk jarum dan masuk ubat, saya tidur lagi tak sedarkan diri,” tulisnya lagi.

Tambah Amni lagi, ketika dia ingin pergi ke tandas pada jam 2 pagi dia menyedari arwah sudah meninggal dunia selepas mendengar tangisan dari ibu Sandra.

Malah tegas Amni, tuduhan yang mengatakan ibu arwah yang mencabut alat pernafasan sama sekali tidak benar kerana tidak ada bantuan mesin oksigen diberikan.

“Jam 2 pagi Jumaat (11.9.2020) saya terjaga sekali lagi. Kali ni kerana esakan si ibu. ‘Anakku, Anakku, Oh Tuhan, Anakku’. Dengar suara lelaki cuba pujuk isterinya, ‘ikhlas, ikhlas, lepaskan’. Mesin pun dah tak bunyi.

“Saya panggil jururawat untuk papah saya ke tandas. Dari tandas saya nampak jelas jenazahnya. Entah kenapa. Tenang sangat. Macam tidur.

“Wajahnya putih bersih, macam kapas. Tak ada satu calar pun di muka, subhanallah, langsung tak macam kemalangan. Kemudian saya tidur lagi tak sedarkan diri, kesan bius belum habis.

“Bila saya bangun keesokan pagi, katilnya dah kosong. Jenazahnya dah dibawa turun. Dan bila saya bertanyakan jururawat, baru saya tahu dia itu seorang artis, Sandra Dianne.

“Semoga awak husnul khotimah, Sandra. Sungguh, kematianmu disebut, dicemburui. Ramai yang doakan kamu.

“Jadi, di manakah kemanusian kamu bila kata arwah ‘mati katak’, ‘ibu arwah sengaja memilih untuk cabut oksigen di hari Jumaat ‘.

“Ibu arwah lah yang paling terkesan, sedih dan tak bersedia untuk kehilangan anaknya, tak mungkin si ibu yang memilih hari untuk nyawa anaknya dicabut.

“Dan sebenarnya tak ada pun bantuan oksigen pada arwah. Yang ada cuma tiub. Saya cuma cerita apa yang saya nampak, dalam keadaan separa sedar,” tulis pesakit katil nombor 12.

Sebelum ini, Syakinah terkilan dengan seorang netizen yang meninggalkan komen biadab dengan mengatakan kematian anaknya sebagai mati katak.

Belum reda dengan satu fitnah, Syakinah didakwa menjadi punca kematian anaknya itu.

Sandra Dianne telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 1 pagi tadi setelah enam hari bertarung nyawa akibat kemalangan.

Pada Sabtu lalu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, terlibat dalam satu kemalangan kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan rehersal.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.