M4ngsa Terakhir Ker4cunan Karb0n M0noksida Masih Krit!kal

Mangsa terakhir keracunan karbon monoksida ketika empat sahabat tertidur dalam kereta dinaiki semasa berhenti di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Butterworth, dua hari lepas, masih dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, ketika ini menerima rawatan  Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin di Kuala Lumpur dan dalam pemantauan rapi pasukan perubatan.

“Keadaannya masih sama seperti semalam, dan saya dimaklumkan oleh pasukan perubatan di sana, dia masih dalam keadaan kritikal.. kami juga akan dapatkan perkembangan beliau dari semasa ke semasa…”

3 meninggal seorang kritikal

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Kereta Peronda (MPV) Honda Civic 1.8s Kontinjen Polis Pulau Pinang, yang menyaksikan pasukan kontinjen itu menerima 26 buah Honda Civic 1.8s untuk MPV dan tujuh lori Hino untuk pelbagai guna, di sini hari ini.

Dalam kejadian Rabu lepas tiga wanita, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri dan Nor Adilah Mohd Safwan meninggal dunia, manakala Nor Aqilah kritikal.

Terhidu karbon monoksida

Selepas keempat-empat mereka yang berumur 21 tahun ditemui tidak sedarkan diri di kawasan tempat letak kereta stesen minyak Sama Gagah.

Dipercayai akibat keracunan karbon monoksida apabila mereka tertidur semasa berehat di dalam kereta itu, dengan cermin tingkap tertutup.

Mengulas lanjut, Sahabudin berkata tiada sesiapa yang berada di kawasan parkir stesen minyak itu mengesyaki sesuatu terjadi kepada empat sahabat berkenaan kerana mereka dilihat sedang berehat sahaja dalam kenderaan semasa kejadian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Bernama

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.