Genap Usia 25 Tahun, Tengku Hassanal Dibanj!ri Ucapan Selamat Hari Keputeraan

Hari ini merupakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-25 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Oleh hal yag demikian, menerusi Instagram rasmi Malaysia Royal Family, warganet telah mulai membanjiri ucapan tersebut dengan mendoakan kesejahteraan KDYMM Tengku Hassanal.

Sangat disenangi rakyat

Baginda yang amat disayangi rakyat Pahang sememangnya merupakan seorang yang sangat prihatin kepada masyarakat sama seperti KDYMM Baginda Agong.

Tengku Hassanal merupakan Tengku Mahkota Pahang merangkap pemangku Raja Pahang selepas KDYMM Al-Sultan Abdullah bertakhta sebagai YDP Agong pada 2019.

Selamat hari keputeraan Tuanku

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan selamat menyambut hari keputeraan buat Tengku Hassanal.

Mereka juga mendoakan agar Pemangku Raja Pahang itu terus diberi kesihatan yang baik dan berada dalam keadaan sejahtera di bawah lindungan Allah S.W.T

Dirgahayu Tuanku!

Semoga Tuanku sentiasa dipermudahkan urusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: Malaysia Royal Family

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.