“Baru 6 Bulan Dah Rasa Macam Ni” Ainan Tasneem Akui Cepat Mengah Meng4ndung Anak Kembar

Penyanyi Ainan Tasneem berkongsi perkembangan dirinya yang kini sedang mengandung anak kembar.

Menurut Ainan, pengalaman mengandung kali kedua ini cukup berbeza apabila dirinya berasa lebih cepat letih.

“Berat makin naik, perut makin besar. Setiap kali berjalan sekejap sahaja sudah rasa mengah.

“Baru enam bulan mengandung sudah rasa macam ni. Tak tahulah sudah sembilan bulan nanti macam mana,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

Bahkan, katanya, saiz kandungannya yang baru berusia enam bulan sekarang juga seolah-olah seperti wanita yang sedang menunggu hari bersalin

“Memang beza sangat rasa mengandungkan anak kembar ni kan. Kalau dulu masa Salsabiela saiz perut macam ni, Ainan sudah lapan atau sembilan bulan mengandung dah,” jelasnya.


Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut berkongsi pengalaman mereka ketika mengandung anak kembar.

“Saya pun macam tu mengandung kembar enam bulan macam sembilan bulan. Mengah penat sangat.

“Sudah hujung-hujung lagi besar perut. Pengalaman sendiri.

“Semoga dipermudahkan bersalin anak kembar. Welcome to the club! Bolehlah follow Kelab Kembar Malaysia kongsi pengalaman,” komen sebahagian peminatnya.

Sebelum ini, pada bulan lalu, Ainan mengumumkan bahawa dirinya kini mengandung anak kembar.

Ainan mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada 2017.

Pasangan itu kemudian dikurniakan cahaya mata sulung, Ainan Salsabiela yang kini berusia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.