Isteri Ajak Sed!h Anak Murid Men1nggal Dunia, Sempat Rakam F0to Terakh!r Sebelum Arw4h Terlibat Kem4langan

ISTERI kepada penyampai radio Suria FM Ajak iaitu Afifah Amin meluahkan perasaan sedih atas pemergian anak muridnya, Muhammad Shahrul Hakimi Mohd Harith pada petang, Selasa.

Afifah berkata dia sempat bertemu dan merakam foto remaja itu pada sebelah pagi sebelum arwah terlibat dalam kemalangan.

Menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu, Afifah menyifatkan arwah seorang yang baik serta tidak pernah bercakap kasar terhadap dia dan guru yang lain.

Berbual dengan saya pun dia tersebut nama arwah kimi.

AJAK

PELAWAK

“Al-Fatihah buat anak muridku… Muhammad Shahrul Hakimi Mohd Harith. Tenanglah dikau di sana. Baik tingkah-lakunya… tak pernah berkasar suara.

“Bila diusik senyum ke telinga. Semoga dipermudahkan dikau ke syurga. Ini gambar pagi sebelum kemalangan petangnya. Nanti tarik cikgu ke syurga ya nak,” katanya.

Afifah merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi ucapan takziah netizen yang mendoakan roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Ajak berkongsi foto isteri dia menziarahi pusara arwah anak muridnya.

Dalam pada itu, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak memberitahu isterinya masih dalam keadaan bersedih sejak mendapat perkhabaran tersebut.

“Pagi semalam (Selasa) baru dia jumpa anak murid dia. Sebelah petang dapat khabar anak murid dia meninggal kemalangan. Dari semalam dia sedih.

“Sampai berbual dengan saya pun dia tersebut nama arwah Kimi. Katanya arwah seorang yang baik, murah senyuman dan tak pernah melawan guru.

“Itu yang buatkan cikgu-cikgu dia sedih bila dia pergi. Semoga ditempatkan bersama insan yang beriman. Al-Fatihah Muhammad Shahrul Hakimi Mohd Harith,” kata Ajak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.