Shuib Belikan Jam Tangan Jenama Rolex Bernilai Puluhan Ribu Sempena Hari Jadi Siti Sarah “Hadiah Paling Mahal Buatnya.”

Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu menghadiahkan jam tangan jenama Rolex bernilai puluhan ribu kepada isteri, penyanyi Siti Sarah bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-36.

Shuib mengakui ia merupakan hadiah termahal yang pernah diberikan kepada Sarah sepanjang perkahwinan mereka.

“Hampir 10 tahun usia perkahwinan, saya tak pernah nampak Sarah memakai jam tangan. Dia tak pakai jam atau aksesori di tangan seperti wanita lain.

“Tapi, sejak kebelakangan ini, saya nampak dia sudah mula minat aksesori seperti gelang. Jadi, terdetik di hati saya untuk menghadiahkan jam kepadanya.

“Saya juga ingin menghargai Sarah sebagai isteri dah ibu yang baik serta memberi ganjaran kepadanya kerana bisnes yang dijalankannya semakin berkambang positif,” kata Shuib.

Pasangan ini ditemui di majlis kejutan hari lahir Sarah yang diadakan di U3 Hotel Subang pada Isnin.

Tambah Sarah pula, dia mengakui tidak pandai memakai barangan berjenama dan mahal.

“Sejujurnya, saya agak terkejut dengan hadiah ini. Saya sendiri tak pandai memakai barangan yang mahal-mahal.

“Pada masa sama, saya memang tak pandai memakai aksesori sejak kecil lagi. Saya sangat berterima kasih dan bersyukur kepada Shuib kerana dia menghargai saya dengan cara ini.

“Shuib adalah hadiah paling berharga untuk saya sepanjang perkahwinan ini dan saya berharap kasih sayang kami akan kekal sehingga ke akhir hayat,” katanya lagi.

Ditanya apkah harapan dan doa bersempena dengan ulang tahun kelahiran, penyanyi Manis ini mengharapkan agar perkahwinannya kekal harmoni bahagia selain sentiasa berada di dalam ramatNya.

Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 27 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: media hiburan

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.