Dr Zulkifli P0tong Rambut Di Kedai Hipster, Tukang Gunting Ucap Terima Kasih

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkongsi gambar di Instagram yang memaparkan beliau sedang menggunting rambut di sebuah kedai hispter di Nilai, Negeri Sembilan.

Menerusi kapsyen, Dr Zulkifli berkata beliau berbangga apabila melihat anak muda Muslim berjaya dalam pelbagai bidang masing-masing selain berterima kasih atas perkhidmatan menggunting rambut yang baik.

“Sesekali cuba kedai gunting rambut hipster. Saya amat berbangga melihat kejayaan anak muda Muslim dalam apa jua lapangan kerjaya yang diceburi,” katanya.

Posting tersebut mendapat maklum balas daripada tukang gunting rambut dikenali sebagai Afifi yang turut mengucapkan terima kasih selain berharap dapat bertemu lagi dengan Dr Zulkifli.

Terima kasih YB menteri. Moga dapat berjumpa lagi insyaAllah!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLMSumber : Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.