Jakarta ‘l0ckdown’ Semula Mulai Isnin, BCL Ambil Kesempatan Z!arahi Pusara Ashraf Sinclair

PENYANYI Bunga Citra Lestari (BCL) mengambil peluang menziarahi pusara suaminya Allahyarham Ashraf Sinclair selepas kerajaan Indonesia membuat keputusan kembali melaksanakan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) bermula Isnin.

Ibu BCL, Emmy Syarif memuat naik foto menemani penyanyi itu dan cucunya Noah Sinclair menziarah kubur Ashraf pada Sabtu lalu.

Ashraf yang meninggal dunia pada 18 Februari lalu memberikan kesan yang mendalam buat BCL apabila dia kerap mengubati kerinduan dengan menziarahi pusara suaminya itu di San Diego Hills.

“#Alfatihah utk dady Ash#menjelang psbb#,” tulis Emmy.

BCL bersama anak dan ibu bapanya menziarahi pusara Ashraf.

Menerusi foto tersebut BCL kelihatan sedikit susut duduk di samping kubur Ashraf, dia hadir lengkap mengenakan pelitup muka dan face shield mengikut SOP ditetapkan kerajaan negara itu.

Foto lain juga memperlihatkan Noah duduk sambil menadah tangan membacakan doa untuk bapanya.

Indonesia membuat keputusan melaksanakan PSBB kembali di Jakarta selama dua minggu mulai esok berikutan kes positif COVID-19 yang meningkat semakin mendadak di provinsi itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.