Berbasikal Sambil Kutip S4mpah, Pengarah Matic Terk!lan Face Mask Bersepah Di Ibu Negara… Kumpul-Kumpul, Siap Eja ‘Merdeka’ “Anggap Macam Rumah Sendiri”

BERBASIKAL sambil mengutip sampah di sekitar ibu negara.

Itulah usaha murni yang dilakukan sendiri oleh Pengarah Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Rudy Irwan Shukaime, 41, sebagaimana perkongsian tularnya di laman Twitter.

Bercerita, dia yang mesra disapa Rudy mengakui sudah memulakan inisiatif itu sejak tahun 2018 lagi.

“Dulu saya buat aktiviti plogging, berlari sambil kutip sampah. Terbaharu, saya kutip sampah sambil berbasikal pula bermula 31 Ogos lalu.

“Dari Sentul, saya pusing Kuala Lumpur dan cuma kutip face mask pada hari Merdeka. Banyak face mask yang dibuang merata sehingga saya susun dan boleh buat perkataan Merdeka.

“Yang paling latest saya buat di Lingkaran Saloma. Saya tak cover semua tempat, buat ikut kemampuan sahaja,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Rudy mengutip sampah sambil berbasikal di kawasan Lingkaran Saloma pada Sabtu pagi.

Ujar Rudy lagi, dia yang berkecimpung dalam bidang pelancongan sememangnya terkilan apabila melihat destinasi tarikan di ibu kota dicemari dengan sampah sarap.

Malah katanya, dia mengambil inisiatif sendiri untuk mengutip sampah kerana menganggap kawasan-kawasan tersebut seperti kediaman sendiri.

“Saya rasa ia satu tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Sebagai orang yang prihatin, kita anggap kawasan-kawasan itu macam rumah sendiri.

Walaupun tak boleh buat dalam skala besar, buat secara kecil-kecilan pun tak mengapa.

RUDY IRWAN SHUKAIME

“Kita nak orang datang rumah kita, dari situ saya ambil inisiatif.

“Memang saya sangat terkilan dengan sikap mereka yang buang sampah merata-rata,” ujarnya yang menetap di Gombak, Selangor.

Dalam pada itu, Rudy juga berbesar hati jika ada individu di luar sana yang mahu melakukan inisiatif sama sepertinya.

Antara sampah sarap yang dibiarkan bersepah di sekitar ibu negara.

Jelas Rudy, aktiviti itu bukan untuk kecergasan diri semata-mata, malah ia menjadi sumbangan kita sebagai rakyat buat negara.

“Untuk masyarakat di luar sana, kalau nampak sampah di mana-mana tu, sama-samalah kutip dan tolong buang.

Foto yang dikongsi Rudy di laman sosial miliknya.

“Walaupun tak boleh buat dalam skala besar, buat secara kecil-kecilan pun tak mengapa. Sekurang-kurangnya ada sumbangan kita untuk jaga kebersihan negara,” ujarnya.

Dalam pada itu, posting Rudy yang dikongsi di Twitter menerima hampir 3,000 ulang kicau (Retweet) dalam tempoh kurang empat jam selepas dikongsi pada pagi Sabtu.

Malah, ramai netizen yang turut meninggalkan komen, memuji inisiatif murni itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.