“Baik Buat Majlis Tahlil..”K0nsert Tribute Untuk Sandra, Stesen TV Dic4ci Netizen

Konsert tribute #SandraDalamKenangan telah berlangsung dalam suasana penuh hiba dan pilu di dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Bagaimanapun, tindakan pihak produksi yang menjayakan program tersebut selain menyiarkan secara langsung menerusi sebuah stesen televisyen (TV) mengundang rasa kurang senang segelintir penonton.

Menurut mereka, pihak stesen TV sepatutnya mengadakan majlis tahlil berbanding program berunsurkan nyanyian apatah lagi Allahyarham Sandra Dianne baru sahaja meninggal dunia Jumaat lalu.

Tinjauan komen menerusi beberapa posting di Facebook portal Astro Gempak mendapati rata-rata warganet mendakwa program seperti itu seakan-akan terikut dengan budaya barat.

Tak perlu pun buat tribute ni

Macam tak hormat keluarga arwah?

Budaya barat sangat dah ni

 

Orang tu baru je meninggal, korang dah terlalak2

Lebih baik tunda daripada menyanyi

Naikkan rating atas kesedihan orang lain?

 

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa individu yang mengambil pengisian program berkenaan dari sudut positif dimana itulah cara terbaik untuk ‘bercerita’ mengenai kebaikkan arwah sepanjang hayatnya.

Korang yang bising tu, ada tak doakan untuk Sandra?

Astro akan buat bacaan Yasin?

Jangan main hentam je!

Terdahulu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria pergi menghadap Ilahi selepas enam hari dalam keadaan kritikal di Hospital Putrajaya akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.