Sedang Kenal Hati Budi, Raja Syahiran Meng4ku Rapat Dengan Uyaina Arshad

Penyanyi dan bintang Dansa dan Sing, Raja Syahiran mengakui sedang berkenalan dengan pengacara dan pelakon Uyaina Arshad.

Rapat dengan gadis itu semenjak beberapa bulan lalu, Syahiran memberikan respon terhadap dakwaan yang mengatakan mereka sedang menjalin hubungan cinta.

“Sebenarnya, saya dah lama kenal Uyaina, tapi semenjak beberapa bulan lalu hubungan kami rapat. Saya selesa berkawan baik dengan Uyaina kerana dia seorang yang baik.

“Kami sedang dalam proses berkenalan. Keluarga kami juga tiada halangan kami berkawan,” kata Syahiran ketika dihubungi.

Tambah penyanyi lagu If I Could Go Back itu, Uyaina merupakan seorang gadis yang bijak dan menyenangkan.

“Apa yang membuat saya selesa berkawan rapat dengan Uyaina adalah kerana dia merupakan seorang gadis yang berfikiran jauh. Boleh dikatakan, kami tak pernah berborak kosong.

“Ada saja topik yang kami bincangkan dan dia juga mempunyai personaliti yang ceria dan perkara itu membuatkan ramai orang selesa bersahabat dengan Uyaina,” kata Syahiran lagi.

Sebelum ini, dakwaan mengatakan Syahiran dan Uyaina menjalin hubungan timbul selepas mereka sering berbalas komen mesra di laman Instagram.

Menguatkan lagi khabar angin, mereka tampil berdua ke majlis resepsi perkahwinan Mira Filzah dengan menyarungkan busana sedondon.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.