PRN Sabah: Bertanding Atau Tidak? Kelib4t Musa Tak Kelihatan Hingga Temp0h Penamaan Cal0n Berakhir, Cetus Tanda Tanya

KETIKA ramai yang teruja menantikan kehadiran Tan Sri Musa Aman di Dewan Serbaguna Libaran, Sandakan, kelibat bekas Ketua Menteri Sabah itu bagaimanapun langsung tidak kelihatan sehingga tempoh penamaan calon berakhir sebentar tadi.

Banyak pihak termasuk para pengamal media yang bersiap sedia berada di pusat penamaan calon itu, namun dibelenggu tanda tanya lantaran Musa tidak muncul sehingga Pegawai Pilihan Raya Irman Tajuddin Edy mengumumkan bahawa tempoh penamaan calon telah berakhir pada 10 pagi.

Sementara itu panggilan telefon serta mesej oleh pihak yang rapat dengannya tidak dijawab, keberadaan beliau juga tidak diketahui malah persoalan sama ada Musa akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah masih misteri.

Tinjauan Bernama ke kediaman beliau di sini, yang terletak bersebelahan Dewan Serbaguna Libaran, mendapati ia kelihatan kosong dari luar pagar manakala pintu depan berkunci.

Pada 9 September, Musa membuat hantaran di akaun Twitter beliau berbunyi: “Saya akan kembali ke Sungai Manila” yang merupakan kerusi baharu dalam Parlimen Libaran.

Pada Sabtu (hari ini), Musa memuat naik satu artikel di Instagramnya yang menyebut bahawa pemimpin Umno Sungai Manila mahu beliau menjadi calon bagi kawasan itu.

Beliau adalah penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga.

Pilihan Raya Negeri (PRN) itu diadakan selepas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin bersetuju membubarkan DUN Sabah atas permintaan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 30 Julai.

Ia susulan pengumuman Musa yang mendakwa beliau memiliki sokongan 33 Ahli DUN untuk menyingkirkan kerajaan pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan membentuk kerajaan baharu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 September sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-16.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.