“Empat Hari Lagi Birthday Kakak, Bayangkan Kesed!han Mama…” Ibu Sandra

Hati ibu mana yang tidak runtun apabila terpaksa berhadapan dengan pemergian anak buat selama-lamanya, itulah yang kini dirasai oleh ibu kepada arwah bintang Big Stage 2020 Sandra Dianne, dikenali sebagai Nor Syakinah.

Difahamkan, pada 16 September ini genaplah usia Sandra 26 tahun, dan hal itu menambahkan lagi duka di hati ibu apabila terkenangkan saat menerima kelahiran Sandra.

Menerusi entri di Facebook ibu Sandra, dia telah berkongsi kembali detik-detik mengandungkan Sandra sehinggalah di hari kelahirannya.

“Dia seorang anak yang baik, sejak kecil tak pernah menyusahkan. Dari awal mengandung langsung takda tanda morning sickness, mengidam nak makan nasi, apa je nasi asalkan nasi tu di masak sedap-sedap…”

“Sakit melahirkan pun tak menyeksa mama lama-lama. Sakit contraction jam 1 pagi, jam 9 pagi register kat wad bersalin, jam 11. 30 pagi dapat katil, baru nak naik tak sempat duduk air ketuban pecah, jerit kat misi, misi kelam kabut ambil wheel chair, berlari masuk labour room…”

“Dua kali push je kakak dah selamat lahir ke dunia dengan nama ALESSANDRA DIANNE AMPURIA…”

Disifatkan sebagai seorang anak baik, ibu Sandra berkata arwah sentiasa menjadi menjadi penyeri dan penghibur dalam kalangan ahli keluarganya.

Buat ibunya, masih terngiang-ngiang lagi suara Sandra, kerinduan yang menerkam jiwa si ibu bagaikan satu tamparan yang cukup hebat untuk ditempuhi.

“Jiwa mama masih diselubungi rasa duka yang mendalam, rindu pada suara kakak memanggil “Ma, mana Adam?”, “Esyaaaa, sayang kakak”, “Ayah mana?”, “Kamu sudah makankah?” dan yang paling dirindui selepas ini adalah suara kakak menyanyi-nyanyi di setiap penjuru rumah. Mama rindu…”

“Hari ini 11 September 2020 dinihari jam 1.00am kakak pergi tinggalkan mama. 5 hari menjelang hari lahir kakak, bayangkan kesedihan mama melalui semua ini tanpa kakak di sisi…”

“Berat sungguh dugaan yang mama kena hadap hari ni kakak. Mama tak sangka mama akan bawa kakak balik dalam keadaan kaku…”

Sandra Dianne telah disahkan meninggal dunia pada jam 1 pagi setelah lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan.

Jumaat lalu, jenazah Sandra Dianne telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah pada jam 5.45 petang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.