Peserta Big Stage 2020, Sandra Dianne Men1nggal Dun1a

Peserta Big Stage 2020, Sandra Dianne dilaporkan men1nggal dun1a, di Hospital Putrajaya.

Sandra yang mengal4mi kem4langan jalan raya pada Sabtu lalu dilaporkan kom4 dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.

Berita mengenai kemat1an bintang berusia 26 tahun itu dimaklumkan penyanyi Usop yang juga sal4h seorang peserta program realiti berkenaan pada pagi Jumaat menerusi Instagram.

“Asalammualiakum semua…tolong sedekahkan al fatihah untuk sahabat seperjuangan saya.

“Kini telah pulang keramatullah. Sandra rehat k. AlFatihah,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen pada posting berkenaan, para peminat serta rakan selebriti yang masih lagi terkejut dengan berita berkenaan menitipkan ucapan takziah serta sedekahkan bacaan al-Fatihah buat arwah.

Sementara itu, rakan artis seperti Sufi Rashid menerusi Instagram turut memaklumkan berita sama.

Sandra yang popular dengan lagu Hey Kau terbabit dalam kem4langan jalan raya ketika dalam perjalanan bagi menjalani latihan penuh Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: media hiburan

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.