“Nak Bercinta Biar…”Betty Banafe Nasih4t Wanita J4ngan Terped4ya Dengan Lelaki…

Pelakon Betty Banafe menasihati kaum wanita supaya tidak terpedaya dengan lelaki yang suka memuat naik status Islamik di media sosial.

Menurut Betty, 41, adakalanya lelaki sebegitu hanya berpura-pura untuk menarik perhatian wanita.

“Wanita, jangan mudah menaruh harapan kepada seseorang dengan hanya melihat status islamiknya, artikel ilmiah yang di karangnya, gambar facebooknya, di instagram.

“Apatah lagi video yang nampak gerak gerinya. Kadang itu tipu daya yang boleh disunting dan dilakonkan semata mata. Nak bercinta biar kenal hati budi,” katanya.

Betty berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Betty juga menasihati kaum lelaki supaya jangan mempermainkan hati dan perasaan wanita jika tiada niat untuk menikahinya.

“Wahai lelaki, jangan membuat seorang wanita nyaman jika niatnya hanya ingin berteman. Dan jangan membuat seorang wanita jatuh cinta jika tak ada niat untuk menikahinya.

“Wahai wanita, jangan terlalu mudah percaya oleh pujuk rayu dan janji manis seseorang. Ingatlah, yang berkilau itu belum tentu emas,” nasihatnya lagi.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.

Betty kini merupakan ibu tunggal kepada sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus.

Ia hasil perkahwinannya dengan bekas suami Bruce Dargus disahkan bercerai pada 10 Julai 2019.

Terdahulu, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.