“Rosmah Dilihat Sebagai Isteri PM Yang G4rang, B0leh Peng4ruhi PM…”Rizal Mansor

Datuk Rizal Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau berpandangan warga perkhidmatan awam t4kut kepada Datin Seri Rosmah Mansor yang dilihat sebagai isteri perdana menteri yang g4rang dan boleh mempeng4ruhi perdana menteri untuk mengambil tindakan terhadap mereka.

Bek4s pegawai khas Rosmah itu berkata beliau berpandangan sedemikian berdasarkan pengalamannya bekerja bersama warga perkhidmatan awam sejak dilantik secara kontrak pada tahun 2009.

Datin Seri Rosmah berkebolehan pengaruhi PM

Dalam pandangan warga perkhidmatan awam, Datin Seri Rosmah berkebolehan untuk mempengaruhi perdana Menteri untuk memindahkan pegawai-pegawai kerajaan, yang menent4ng atau mengingkari permintaan beliau, ke jawatan yang kurang penting atau dalam istilah biasa dalam kalangan penjawat awam iaitu jawatan ‘peti sejuk’ atau dipindahkan jauh dari tempat mereka bermastautin.

“Selain itu, saya juga mendapati Datin Seri Rosmah mempunyai pengaruh yang besar di dalam jentera pentadbiran kerajaan apabila agensi-agensi dan pegawai-pegawai kerajaan sentiasa berasa keberatan untuk menolak kehendak dan permintaan Bahagian F.L.O.M (First Lady of Malaysia) dan Datin Seri Rosmah…”

“Pegawai-pegawai kerajaan sentiasa cuba untuk memuaskan dan memenangi hati Datin Seri Rosmah, segala permintaan dan kehendak Datin Seri Rosmah akan diusahakan sedaya-upaya oleh mereka sehingga berjaya…”

Najib hormati pandangan isteri

Rizal,46, yang merupakan saksi penting pihak pendakwaan memberi keterangan pada perbicaraan kes isteri bekas perdana menteri itu yang berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada bekas pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Menurut saksi pihak pendakwaan ke-21 itu, beliau berpandangan pada ketika itu, segala fakta tersebut adalah tidak tepat dan hanya khabar angin yang disebarkan bertujuan untuk memburukkan imej serta reputasi Rosmah dalam kalangan penjawat awam.

Beliau juga berkata sebagai seorang yang rapat dengan ketuanya, beliau juga selalu menyaksikan komunikasi Rosmah dengan suami beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak).

Sepanjang pengalaman bersama mereka beliau mengesahkan Najib sangat menghormati pandangan isterinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Bernama

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.