Anak Lelaki Masuk H0spital, Shima Anuar Tetap Penuhi Permintaan Laksam

Pelakon Shima Anuar memaklumkan anak lelakinya, Mikhael Imaan telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta selepas mengalami demam panas.

Ketika dihubungi Gempak, Shima berkata ini merupakan kali pertama Mikhael jatuh sakit.

“Mikhael kene demam panas masa kami sekeluarga berada di Desaru, Johor pada Sabtu lalu.

“Mula-mula ingatkan demam biasa saja tapi bila bagi ubat tak kebah juga.

“Jadi, pada hari Isnin lalu kami bawa dia jumpa dengan doktor, tu yang kena tahan di hospital.

“Mikhael tak pernah sakit sebelum ini mungkin sebab tu yang macam teruk sikit.

“Tapi alhamdulillah keputusan darah dah keluar, semua negatif,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon yang mencipta nama menerusi filem Flat 3A tetap meneruskan perniagaan menjual laksam memandangkan sudah menerima tempahan daripada pelanggan.

“Saya dengan suami kena bergilir-gilir jaga Mikhael sebab nak jaga Sophia sekali.

“Bisnes laksam saya masih berjalan macam biasa sebab dah dapat tempahan awal. Pelanggan pun dah bayar,” katanya mengakhiri perbualan.

Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha pada April 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Marian Sophia dan Mikhael Imaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.