Vide0 ‘Minta Kiss’ Keluar Lagi, MK K-Clique Malas Layan “Tak Perlu Pr0voke Benda Tu, Saya 0key Saja”

SEAKAN sengaja mahu mencetuskan provokasi, video lama aksi manja penyanyi rap MK bersama anggota kumpulan K-Clique yang lain kembali menjadi bualan netizen sejak Ahad.

Paparan skrin daripada video yang pernah dikongsikan pada 2019 itu dikongsikan semula menerusi Twitter.

“Ini ke pujaan hati perempuan semua?” tulis pengguna tersebut.

Bagimanapun MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 24, ketika dihubungi berkata dia enggan terpedaya dengan cubaan provokasi terhadapnya.

MK tidak kisah dengan sebarang cubaan untuk memalukannya.

“Saya malas dah nak layan benda tu. Tak perlu la provoke benda tu lagi. Saya okey saja apa orang nak cakap fasal saya.

“Saya tak nak komen apa-apa lagi tentang perkara ini.

“Saya tak kisah apa orang buat pada kami kerana yang penting K-Clique selamat, kerja kami okey dan InsyaAllah rezeki lebih luas,” katanya kepada mStar.

Yang penting K-Clique selamat, kerja kami okey dan InsyaAllah rezeki lebih luas.

MK

AHLI KUMPULAN K-CLIQUE

Terdahulu MK turut menulis di Instastory berhubung perkara berkenaan.

“Macam-macam cara orang guna mahu jatuhkan, memburukkan dan sebagainya. Tapi tak apa, saya okey. Buat apa kamu buat, InsyaAllah menjadi rezeki yang baik untuk saya,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, MK juga tidak malu berkongsi pautan video berkenaan untuk tatapan umum.

MK (kiri, berdiri) bersama ahli kumpulan K-Clique.

Sebelum ini, MK turut pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk ketika penyanyi itu dicium seorang wanita ketika wefie bersama peminat.

Ia disusuli dengan isu muzik dan lirik lagu yang diketengahkan kumpulan itu yang didakwa berunsur lucah gara-gara lirik double meaning yang digunakan mereka di dalam lagu-lagunya.

Bukan itu sahaja isu mengaitkan MK yang memakai aksesori berupa rantai dan gelang emas turut hangat diperkatakan netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.