Ummi Nazeera Upl0ad Vide0 Penghantar Makanan Accid3nt, Abang Rider Tampil Ucap Terima Kasih

Pelakon Ummi Nazeera terkejut apabila menyaksikan kemalangan antara penghantar makanan (rider) bertembung dengan sebuah kereta.

Video terbabit dimuat naik oleh Ummi dan ia diambil menerusi rakaman kamera hadapan yang dipasang di dalam kereta miliknya.

Meskipun tak dapat menolong, Ummi berharap video yang dimuat naik itu dapat sedikit sebanyak membantu.

“Jom semua doakan semoga abang- abang dan akak-akak rider di luar sana sentiasa selamat dalam menjalankan pekerjaan.

“Ummi memang rajin juga tempah makanan online bila dekat rumah abang Ummi.

“Tadi pertama kali nampak (kemalangan) depan mata. Ummi pun tak pasti nak tolong macam mana. Harap semuanya selamat dan video ni dapat membantu abang rider..” katanya.

Ummi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Entri terbabit mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata tidak berpuas hati dengan sikap pemandu kereta yang menyebabkan kemalangan itu dan terus berlalu tanpa bertanggungjawab.

Malah ramai yang mendoakan agar rider tersebut selamat dan dipermudahkan urusan

Bagaimanapun, kemas kini tersebut disedari oleh penghantar makanan yang terlibat dalam kemalangan itu.

Lelaki itu menurunkan komen dengan mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakannya serta memberitahu urusan laporan polis telah diselesaikan.

“Alhamdulilah terima kasih semua mendoakan kesejahteraaan saya. Untuk pengetahun semua rider yang dirakam dalam kemalangan itu adalah saya.

“Alhamdulilah saya okay dia tiada apa-apa. Baru selesai buat laporan polis sebentar tadi dan menghantar surat laporannya. Insya-Allah semua selamat dan tiada apa-apa,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.