Sweet! Ramai Pula Jadikan Gambar Majlis Kahwin Mira Filzah Dan Wan Emir Wallpaper Handphone

Majlis perkahwinan pelakon cantik Mira Filzah dan Wan Emir Astar masih menjadi bualan netizen.

Selain pandangan romantis Wan Emir, momen-momen indah yang diabadikan oleh tetamu serta jurufoto turut mencuri tumpuan netizen.

Malah, ada yang menjadikan visual sepanjang tiga majlis indah pelakon Bidadari Kiriman Tuhan itu dalam bentuk ilustrasi yang boleh dijadikan wallpaper telefon pintar.

Meninjau beberapa perkongsian di Twitter, ada yang menyunting foto-foto menarik untuk dijadikan artwork custom-made wallpaper.


Bukan hanya foto Mira dan Wan Emir, malah ada juga yang menjadikan foto Mira bersama ibunya Faizatul Akmar Hisan sebagai sebahagian ilustrasi wallpaper untuk dipilih netizen.

Mira dan Wan Emir telah selamat disatukan dalam majlis pernikahan gilang-gemilang pada 3 September lalu.

Dua majlis resepsi kemudiannya berlangsung pada 4 dan 6 September masing-masing di Le Meridien Putrajaya dan A-Park Puchong.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.