Ramai Pelik Kenapa Qody Rany Tak P0pular, Suara Sedap Tapi 0rang ‘Tak Nampak’ “Nak Sal4hkan Siapa, Bukan Masa Saya Lagi”

DEK kerana popularitinya yang kurang menyerlah berbanding penyanyi lain, peserta Big Stage 2020 dikatakan seperti mensia-siakan bakat nyanyian yang dimilikinya.

Malah Qody atau nama sebenarnya Rossaidi Abdul Rani, 26, akui turut menyedari mengenai hal itu namun menjadikan kejayaan serta perjalanan kerjaya penyanyi lain sebagai inspirasi.

“Kata-kata sebegitu kerap didengar. Mereka selalu cakap yang saya ada suara… tapi macam orang tak nampak.

“Bagi saya senang saja. Saya anggap benda ni bukan time saya sebab contoh dah banyak. Saya selalu ambil contoh terdekat seperti Hael Husaini dan Ernie Zakri.

Benda pertama yang saya pegang adalah rezeki saya… kedua ialah usaha dan tawakal.

QODY RANI

PENYANYI

“Berapa tahun mereka ambil masa untuk sampai ke tahap sekarang ni… sampai orang nampak mereka,” katanya kepada mStar.

Ujar penyanyi yang popular dengan lagu Dia ini lagi, usaha dan tawakal akan adalah kunci kepada kejayaan seseorang.

“Kalau orang cakap kenapa bakat saya tak dihargai la apa la… saya bukan nak salahkan sesiapa.

Qody mula menempa nama dalam industri seni sejak tahun 2016 menerusi program Mentor Milenia.

“Benda pertama yang saya pegang adalah rezeki saya… kedua ialah usaha dan tawakal.

“Sebab kalau kita bagus macam mana pun, mungkin attitude pula tak cukup baik. Kadang-kadang orang akan cakap suara ada tapi tak boleh jual, tak boleh pergi sebab attitude tak berapa elok,” ujarnya.

Qody merupakan salah seorang peserta yang layak mara ke peringkat seterusnya dalam Big Stage 2020 di samping Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Fadh Majid Nana Sheme, Usop, Azzam Sham dan Farisha Iris.

Bagaimanapun, seorang lagi peserta iaitu Sandra Dianne tidak dapat meneruskan persembahan buat masa ini berikutan terlibat dalam kemalangan pada petang Sabtu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.