Pakai K0stum ‘Spiderman’ Belajar Ngaji, Kanak2 C0mel Siap Berk0piah Lagi!

Pelbagai cara dilakukan oleh ibu bapa dan juga guru-guru untuk menarik anak kecil belajar dan memahami apa yang disampaikan.

Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial sejak semalam, seorang pendakwah yang dikenali sebagai Ustaz Herman Sudil telah memuat naik beberapa gambar anaknya yang sedang belajar mengaji daripada guru mengajinya.

Ustaz & ayah okey saja

Apa yang menarik adalah anak tersayang telah memakai kostum Spiderman siap memakai kopiah namun tetap tekun belajar mengaji daripada gurunya.

Sedang MC tapi tetap gigil belajar mengaji

Ustaz Herman memaklumkan bahawa pada hari tersebut anaknya terpaksa MC kerana mengalami kesakitan di kaki, namun dia meminta agar anaknya belajar mengaji dirumah dan dia pun bersetuju.

Namun, dia mahu memakai kostum Spiderman ketika sedang belajar mengaji dan perkara tersebut dilayankan sahaja oleh Ustaz yang mengajar anaknya mengaji al-Quran.

Macam2 fesyen takpe asal mengaji

Sehubungan dengan perkongsian tular tersebut, rata-rata warganet terhibur melihat telatah comel kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Aiman.

Walau bagaimanapun, mereka tetap memuji Aiman yang masih mahu belajar mengaji walaupun sedang MC. Kostum yang dipakainya itu terlihat comel dan mereka turut mendoakan agar Aiman terang hati mempelajari kalam Allah itu.

Spiderman dah kembali ke pangkal jalan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: Herman Sudil

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.