“Arw4h Tak Tah4n Duduk Sana, Hari2 Kena Ragging..” Abang Angg0ta Tentera

“Arwah pernah menyatakan hasrat berhenti daripada berkhidmat dalam pasukan tentera kerana tidak tahan kena ‘ragging’,” kata Mohamad Amirulnaim Aznam, abang kepada Abdul Aziz Aznam.

Abdul Aziz adalah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dilaporkan men1nggal dun1a semalam di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) selepas dipercayai terj4tuh dari tingkat tiga bangunan kediaman sebuah kem tentera di Batu Pahat, Johor pada 29 Ogos lalu.

Abang & arw4h adiknya

Menurut laporan Sinar Harian, keluarga pernah menasihati anak bongsu daripada tiga beradik itu untuk terus bertahan selepas arw4h mengadu mengenai perkara tersebut.

“Saya perasan sejak Disember tahun lepas, dia selalu cakap tak tahan duduk sana, hari-hari kena, tapi kami anggap itu perkara biasa, sehinggalah arw4h ambil keputusan untuk pulang ke rumah dan duduk di sini selama lebih enam bulan.
“Sepanjang tempoh dia di rumah, dia nampak betul-betul ceria, tolong mak dan adik beradik lain buat kerja, jadi bila dia beritahu sekali lagi yang dia nak berhenti, kami tak sampai hati dan bersetuju dengan keputusannya itu,” katanya.

Amirulnaim berkata, arw4h kemudiannya pulang ke kem pada 28 Ogos lalu untuk melapor diri malah dengan harapan dapat menguruskan proses tamat perkhidmatan.

“Saya dan mak yang hantar dia sampai ke pintu kem, bila semuanya selesai kami pun pulang, tapi tak sampai 24 jam, keesokan pagi sekitar jam 3 pagi saya dapat panggilan yang adik j4tuh dari tingkat tiga bangunan.
“Saya dan mak menyusul ke hospital dan ketika itu keadaan adik sungguh menyayat hati, dia dah tak sedarkan diri,” ujarnya.

Tambah Amirulnaim, mereka sekeluarga reda dengan kej4dian terbabit selain menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat dengan telus mengikut undang-undang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Sinar Harian (Normawati Adnan)

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.