Teruja Ibu BF Hantar Mesej ‘Pr4nk Bersemut’, Gadis Jaw4b Tvduhan Reka Sendiri Chat WhatsApp “Mak Dia Cikgu Saya”

SELAIN mengenali hati budi pasangan, individu bercinta juga sebolehnya mahu mengenali keluarga masing-masing agar hubungan yang dibina semakin utuh.

Di Twitter, tular perkongsian seorang gadis mengenai paparan skrin perbualan WhatsApp antara dia dengan ibu teman lelakinya.

Menurut Sabrina Latip, 16, dia sekadar mahu berkongsi kisah prank WhatsApp itu menerusi Twitter dan sama sekali tidak menyangka ia akan menjadi tular

“Mak dia hantar WhatsApp, maklumkan pada saya kononnya Alif (teman lelaki) terjatuh. Kebetulan masa tu mereka baru balik dari Melaka.

“Sebelum itu Alif ada bagitahu saya dia nak angkat barang. Saya agak terkejut. Kemudiannya ibu dia reply, Alif jatuh ke alam percintaan, parah dalam kerinduan,” imbasnya secara berseloroh.

Mesra disapa Sab, dia mengakui rapat dengan keluarga teman lelakinya dan menganggap tiada apa yang pelik dengan prank tersebut.

Sab bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai Alif.

Dedahnya lagi, ibu kepada teman lelakinya juga merupakan guru subjek Kimia yang mengajarnya di sekolahnya.

“Mak dia tahu mengenai kami. Sebab dia cikgu saya. Alif pun sekolah sama, cuma dia tingkatan lima.

“Kami dah kenal dalam dua tahun, tapi baru serius dengan Alif dalam lapan bulan,” ujarnya lagi.

Ramai yang mengharapkan ada hubungan begitu dengan mak teman lelaki mereka.

SABRINA LATIP

Dalam pada itu, Sab mengakui peka dengan komen-komen di Twitter yang beranggapan paparan skrin perbualan WhatsApp itu direka olehnya sendiri demi meraih populariti dengan cara mudah.

“Tak tahu nak respon macam mana. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Ada cakap tipu, ada cakap saya reka conversation guna dua telefon.

Paparan skrin perbualan WhatsApp tular itu.

“Saya rasa itu terpulang kepada mereka. Saya tak rasa terkilan, tak rasa marah… sebab tak kenal. Mungkin dia tak tahu bagaimana rapat saya dengan ibu Alif.

“Jadi mereka boleh fikir apa yang mereka nak fikir, terpulang kepada hak masing-masing. Yang penting kita tahu benda tu.

“Kalau sakit hati pun tak bawa faedah. Tapi rata-rata komen di Twitter positif. Ramai yang mengharapkan ada hubungan begitu dengan mak teman lelaki mereka,” ujarnya lagi.

Sehingga kini, posting Sab di Twitter menerima lebih 19,000 ulang kicau (Retweet) dan dihujani pelbagai komen netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.