“Sudah Menghvkum Anak Mengikut Hvkum Ag4ma” Nora Ariffin

Penyanyi Nora Ariffin menyatakan dia sudah mendengar semua pengakuan dan memaafkan kedua-dua belah pihak yang terlibat.

Menurut Nora, anak perempuannya itu juga menerima hukuman mengikut hukum agama.

“Assalamualaikum. Saya sudah mendengar semua pengakuan.

“Saya juga sudah memaafkan semua orang. Saya juga sudah menghukum anak saya mengikut hukum agama,” tulisnya di Instagram (IG).

Tambah Nora, dia berharap anaknya itu bertaubat dan memohon keampunan dengan kesilapan yang telah dilakukan.

“Biarlah dia bertaubat dan meminta ampun kepada Allah swt. Buat masa ni, saya hanya berserah pada Allah swt.

“Moga menjadi pengajaran dan iktibar buat semua. Insya-Allah. Terima kasih buat semua,” tulisnya lagi.

Terdahulu, viral sepotong video yang memaparkan aksi bercumbu anak Nora dengan remaja berkenaan yang dikenali sebagai Zuher.

Video terbabit mendapat kecaman netizen dan dianggap telah mencalarkan reputasi Nora sebagai artis yang bersih dari kontroversi selama ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.