Pelak0n Baharu Meerqeen Hadap Kec4man Demi Nak P0pular “Lagi Suka Kalau 0rang Benc! Saya, Maksudnya Satu B0nus”

KECOH sebelum ini dengan kewujudan golongan yang dilabel sebagai ‘kluster kayangan’ apabila segelintir daripada mereka yang pulang daripada luar negara menjalani tempoh kuarantin bersikap angkuh kepada petugas barisan hadapan.

Meskipun golongan tersebut dikecam teruk oleh netizen namun pelakon baharu iaitu Meerqeen memberanikan diri membawa watak sebagai pesakit kluster kayangan menerusi filem Frontliners.

Kata Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 19, dia bersedia untuk dibenci kerana baginya ia hanya karakter yang perlu dilakonkan dalam filem.

“Saya bawa watak sebagai pesakit ‘kluster kayangan’ yang degil, nak dilayan seperti raja dan hanya mahu duduk di tempat selesa sahaja.

Meerqeen merupakan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020.

“Sebenarnya saya lagi suka kalau orang benci saya. Bagi saya, kalau dibenci itu maksudnya satu bonus… maknanya lakonan saya menjadi. Tapi biarlah dibenci disebabkan watak itu, bukan sebab diri saya.

“Karakter saya yang sebenar memang jauh berbeza dengan watak dalam filem tersebut. Saya bukan orang seperti itu,” kata Meerqeen kepada mStar.

Filem yang mengisahkan petugas barisan hadapan atau fronliners itu bakal menemui penonton pada Oktober depan menerusi saluran Astro First.

Meerqeen sedia terima segala kritikan.

Selain Meerqeen, antara barisan pelakon yang turut membintangi filem tersebut ialah Azhan Rani, Beto Kusyairy, Achey Bocey, Wan Maimunah, Black, dan ramai lagi.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga program Hero Remaja 2020 ini memberitahu akan menerima segala kritikan memandangkan dia masih dalam proses untuk menimba ilmu dalam bidang seni.

“Saya akan terima apa sahaja kritikan sebab bagi saya, dalam tempoh setahun… dua tahun ini merupakan waktu untuk saya menimba ilmu.

“Kita dapat belajar daripada kesilapan sebab itu saya tak kisah dikecam atau dikritik,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.