Pants Dress Biru Mira Filzah Jadi Bualan Netizen, Rico Rinaldi Siapkan Dalam Masa 130 Jam Saja!

Pereka fesyen baju resepsi biru Mira Filzah, Rico Rinaldi mendedahkan dia mengambil masa selama 130 jam untuk menyiapkan ‘pants dress’ pelakon popular itu.

Jelas Rico, rekaan dres yang dilengkapi dengan seluar tapi masih mengekalkan ciri-ciri sopan itu adalah hasil perbincangan dengan bakal pengantin dua minggu sebelum majlis resepsi berlangsung.

“Mira datang pada saya dua minggu sebelum majlis resepsinya, kata Mira dia mahukan rekaan yang sesuai dengan majlis dalam taman pada waktu pagi dan selesa untuk bergerak untuk sesi games.

“Jadi, saya mahukan rekaan yang tidak boleh terlalu sarat dan berat untuk pengantin. Terus terlintas untuk buat seluar dan sut.

 

View this post on Instagram

 

Both @mfmirafilzah and @wanemirastar wearing #ricorinaldi 💕

A post shared by @ ricorinaldi on


“Tapi selepas berbincang semula dengan Mira, kami putuskan untuk menghasilkan dress pants yang sesuai dengan imej Mira tetapi punyai kelainan dengan belahan slit pada dres itu di bahagian hadapan,” kongsinya kepada Gempak.

Tambah Rico, dia memilih warna powder blue berdasarkan warna pelamin pilihan Mira dan Emir.

“Mira sudah pilih warna putih dan ‘champagne’ untuk dua majlis sebelumnya, jadi saya cadangkan Mira untuk bermain dengan warna.

“Jadi, kami putuskan warna powder blue dan kekalkan gaya kasual serta perincian Rico Rinaldi.

“Pants dress ini menggunakan fabrik sutera crepe dan menggabungkan manik berbentuk bunga yang dicampurkan dengan warna biru gelap, silver dan sedikit hijau,” katanya yang menggunakan kain layah panjang untuk menyeimbangkan persalinan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Kesayangan semua @mfmirafilzah dalam persalinan #ricorinaldi #emiramirah @ricorinaldi

A post shared by @ ricorinaldi on


Manakala, bagi persalinan Emir pula Rico memilih sut yang berwarna senada dengan pants dress Mira.

“Saya tak mahu Emir pakai tali leher atau bow tie sebab mahukan mood kasual, malah pasangan itu juga tidak dipakaikan sebarang aksesori seperti tiara dan bunga tangan bagi menampakkan majlis ini lebih santai,” tambah Rico.

Pants dress Mira tu merupakan sentuhan pertama Rico sepanjang 12 tahun beroperasi untuk menghasilkan persalinan yang berbeza bagi pasangan mempelai.

Majlis resepsi Mira dan Emir berlangsung meriah pada Ahad lalu di A-Park, Puchong, yang dihadiri teman rapat, rakan selebriti dan media.

Pants dress rekaan Rico juga menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Mira dan Emir telah disatukan pada 3 September lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.