Isu Tak Ajar Anak Bertutur Dalam Bahasa Melayu, Ramona Zamzam Tepis Dakw4an Lupa Diri

Pelakon Ramona Zamzam menafikan dakwaan segelintir netizen yang berandaian dia sudah lupa dengan asal usul sebagai orang berbangsa Melayu.

Sebelum ini, Ramona mengakui anak sulungnya, Ivanna Alashkar tidak diajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.

Jelas Ramona, 30, tindakannya itu hanya buat sementara waktu iaitu sehingga Ivanna petah bercakap.

“Nak cakap saya dah lupa asal usul tu memang tak la. Dekat set penggambaran saya elok ja cakap dalam Bahasa Melayu dengan krew.

“Itu hanya tanggapan orang sahaja nak cakap saya dah lupa diri. Bila fikirkan pasal ini sangat menyakitkan hati dengan posisi saya sekarang.

“Semua orang ada cara tersendiri untuk membesarkan anak mereka. Secara jujurnya, saya pun tak tahu apa cara terbaik tetapi saya dah cuba lakukan.

“Doktor tak halang langsung untuk kami bertutur dalam Bahasa Melayu cuma buat masa sekarang bagi anak saya biasa bercakap dulu,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik nama Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam kesal dengan sikap netizen yang tidak menghormati akan keputusan doktor.

“Saya ni manusia biasa, kadang-kadang tak boleh nak abaikan komen negatif.

“Ada yang menggunakan panggilan bodoh dekat doktor. Bagi saya itu sangat biadab. Siapa awak untuk berkata seperti itu hanya kerana pandangan dia bertentangan dengan pemikiran awak.

“Dia adalah seorang doktor yang mempunyai kepakaran bukannya seorang ahli sukan ke,” katanya lagi.

Ramona mendirikan rumah tangga dengan Rami Alashkar pada 1 Mei 2015.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu kemudian dikurniakan cahaya mata pertama, Ivanna Alashkar pada 7 Disember 2017.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.