Azhan Rani Rim4s Pakai PPE, K4gum ‘Fr0ntliner’ Tah4n B4u Peluh “Saya Memang Tabik H0rmat Dengan Mereka”

WALAUPUN hanya memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dalam tempoh singkat bagi menjayakan watak dalam filem Frontliners, ia ternyata cukup menginsafkan pelakon Azhan Rani.

Menurut Azhan, 44, dia kagum dengan kecekalan petugas barisan hadapan yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi negara tanpa memikirkan bayaran yang diterima setiap hujung bulan.

“Satu perkataan saja yang saya boleh cakap iaitu insaf. Pengalaman yang menginsafkan saya. Bukan hanya dalam keadaan kepanasan tapi tidak selesa.

Azhan bangga dengan petugas barisan hadapan.

“Bayangkan orang awam yang diarahkan untuk pakai face mask pun rasa rimas, tak selesa dan sukar untuk bernafas. Jadi apatah lagi frontliner yang terpaksa memakai PPE.

“Terpaksa bau peluh sendiri dan peluh orang lain. Tapi itulah pengorbanan frontliner dan saya memang tabik hormat dengan mereka.

“Mereka bekerja bukan kerana gaji yang dapat setiap hujung bulan, tapi mempertaruhkan nyawa demi negara,” kata Azhan kepada mStar.

Kalau ada yang nak buat filem itu, memang saya angkat tangan dulu sebab nak terlibat sama.

AZHAN RANI

PELAKON

Azhan ditemui ketika sidang media filem Fronliners di Big Boss, Publika, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Filem yang mengisahkan tentang pengorbanan petugas barisan hadapan itu bakal ditayangkan di saluran Astro First pada Oktober depan.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Nur ini mengakui dia yang menawarkan diri untuk berlakon dalam filem tersebut ketika bertemu dengan pengarah Razif Ajiboy Rashid.

Azhan yang menawarkan dirinya untuk berlakon dalam filem Frontliners.

“Untuk watak ini, saya mengaku yang saya offer diri. Masa itu saya tengah lepak santai dengan Ajiboy dan saya tanya kenapa tak wujudkan kisah fronliner.

“Kalau ada yang nak buat filem itu, memang saya angkat tangan dulu sebab nak terlibat sama. Selepas beberapa bulan kemudian, Ajiboy jumpa saya.

“Dia kata nak realisasikan idea tersebut dan mahu saya berlakon sekali. Sebabkan saya sendiri pernah luahkan hasrat nak berlakon, jadi tak boleh tolak,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.