‘Simple’ Tapi Nampak Mewah, Baju Nikah Mira Filzah Dipuji S0pan

Pernikahan pengacara Nona, Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir Astar malam tadi telah mencuri perhatian banyak pihak. Boleh dianggap antara Wedding Of The Year kerana sangat ditunggu-tunggu oleh para peminat.

Dengan sekali lafaz, Mira sah bergelar isteri kepada anak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) YB Datin Mastura Yazid.

Gayakan kurung Pahang

Namun begitu, busana yang digayakan oleh heroin drama Pujaan Hati Kanda itu dilihat klasik serta sopan dan sangat padan dengan Mira yang sememangnya cantik.

Baju Kurung Pahang rekaan Rizman Ruzaini ini telah mendapat perhatian warganet yang tidak henti-henti memuji penampilannya semalam semasa majlis pernikahannya.

Sesuai dengan imej muslimah

Rata-rata mereka memperkatakan perihal yang sama iaitu berkenaan busana Mira yang sungguh sopan dan penuh elegan tanpa sarat dengan rekaan-rekaan moden.

Simple tapi nampak mewah

Pengantin paling sopan

Tepat jam 8.58 malam semalam, Mira Filzah sah bergelar isteri kepada Wan Emir dengan sekali lafaz setelah hampir setahun mengenali hati budi masing-masing.

Mira telah dinikahkan sendiri oleh bapanya dalam majli pernikahan ringkas namun mewah di Sime Darby Convention Centre disaksikan keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan media.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: Rizman Ruzaini

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.