Lelaki Bagi Duit Kepada Penghantar Makanan, Ramai Yang Tersentuh Hati!

Pekerjaan sebagai penghantar makanan seperti Grab Food, Foodpanda dan sebagainya adalah bukan sesuatu perkara yang mudah. Meskipun kebanyakkan masyarakat yang menyatakan bahawa pekerjaan itu mudah untuk didapati namun tidak semua orang mampu melakukan pengorbanan yang harus dilakukan sehingga sanggup terdedah kepada cahaya terik dan panas.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun Twitter yang dikenali sebagai @IniAlannn dimana terdapat seorang penghantar makanan yang datang ke rumah salah seorang pelanggannya. Menerusi Tweet berkenaan, lelaki yang memakai uniform lengkap berwarna hijau itu kelihatan sedang memberikan jumlah keseluruhan pesanan pelanggan terbabit.


Namun lain pula yang jadi apabila pelanggannya itu memberikan wang yang melebihi daripada harga asal pesanan tersebut selepas bertanyakan soalan “pak, hari ini berapa kali dapat pesanan?”. Jawapan yang diberikan oleh lelaki tersebut telah membuatkan pelanggannya yang memakai baju berwarna hitam itu ingin memberikan lagi wang saku.

Ternyata, situasi itu telah membuatkan lelaki terbabit menangis sambil berpelukan dengan pelanggannya itu. Lebih menyedihkan apabila pelanggan terbabit juga memberikan sedikit wang khas buat anak lelaki tersebut. Lelaki itu terduduk sambil menangis setelah kejadian itu.

Rata-rata warga netizen berasa sangat terharu dengan sikap baik hati yang dimiliki oleh pelanggan itu selain daripada turut bersimpati dengan keadaan lelaki tersebut. “Sedihnya Ya Allah”, kata salah seorang warga netizen di laman tersebut. Posting itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 310 ribu tontonan umum menerusi akaun Twitter terbabit.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: himpunan cerita lawak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.